Wednesday, June 3, 2020

Mango Cheesecake by Yusra Yunus

Bila bulan raya ni, mesti dapat berkumpul dengan semua group-group cousin, makcik-makcik dan anak buah. Yang utamanya buat havoc and meriah team girl lah sebab sibuk nak memasak and plan sesuatu. 

So bila adik aku, Sara rajin membeli barang bakery so bermulalah oven untuk dipanaskan. Bila tengok ibu Yusra beli mangga punyalah banyak macam nak berniaga, yerlah kan musim pkp ni banyak buah-buahan tak terjual so ibu suka lah bila ada borong 2kg RM10 ringgit memang mak-mak tak lepaskan peluang untuk membeli.

Bincang tak lah lama, zaman sekarang resepi semua search google sajo. So kita try lah sampai berjaya. Senang jer kowang boleh cuba dekat rumah sebab no bake. Also melt and sure you want make another potion.

Bahan Base:
200 gram biskut marie/ digestive or any biscuit yang sesuai
100 gram butter

Bahan Filling Cheesecake:
250 gram cream cheese
60 gram gula caster (boleh kurangkan gula kalau tak suka manis)
5 biji mangga (bahagikan potong dadu dan untuk di blend puree)
200 ml whipping cream
1 1/2 sb gelatin
125 ml air suam

Bahan Topping:
Puree Mangga (yang half/ suku mangga yang dah di blend) - masam sedikit untuk puree dan manis untuk potong dadu

50 ml air suam
1 sb gelatin
1 sb gula caster

Cara buat Mango Cheesecake:
1. Cairkan butter dan gaulkan biskut marie yang sudah dihancurkan (guna blender chopper jer)
2. Masukkan ke dalam loyang dan tekankan sampai padat dan masukkan ke dalam freezer.
3. Sementara tunggu base keras sedikit so boleh bancuh 1 1/2 sb gelatin ke dalam air suam.
4. Boleh putar whipping cream sampai kembang.  
5. Blitz/ pukul cream cheese dan gula caster sampai kembang dan berkrim. 
6. Gaul bahan cara ke-3, 4, 5 dan tuangkan sedikit puree seperti nampak kuning cair.
7. Topping larutkan gelatin dalam air suam blend bersama puree mangga.
8. Masukkan bahan Filling ke loyang, tuang layer by layer diselangi mangga dadu.
9. Tuang Topping dan deco balance mangga dadu di atas.
10. Simpan dalam freezer semalaman atau hingga keras.

Dah siap... hidang dan makan bila sejuk sure sedap and easy to make.



Can look toturial from this video >>>



Sila lah comment and share kalau anda dah mencuba resepi ni. 




AdSense