AdSense

Friday, August 31, 2012

Jodoh dan Pertemuan adalah ketentuan Tuhan

Tidak semestinya orang dah bercinta sampai 8 tahun tue boleh menjadi satu cerita yang happy ending. Kalau Tuhan menentukan kita bukan untuk si dia maka tidak akan menjadi jugak sampai ke jinjang pelamin. Bersabar dan terima hakikat bahawa mungkin akan ada yang lebih baik untuk diri kita. Cehh...boleh buat novel tak dengan kata-kata nasihat ini haha...

Hello ini bukan kisah akak ok, kawan baik Yusra si buncit itulah yang menumpang bahu katanya dengan apa yang terjadi semalam, uishh seram jugak i bila kawan sendiri jadi macam nie. Nak buat macam mana lagi dah itu keputusan pinangan yang telah diterima oleh pihak perempuan dan keluarga masa hari raya pertama. i just bagi tau cuba call girlfriend's mom untuk tunjuk sikit usaha dan menerima hakikat. Sebagai kawan hanya boleh mampu memberi nasihat jer lah dan diharap akan menemui kebahagian yang dicari.

Kalaulah scene macam ni jadi kat aku mesti nak pergi mati la plak rasanya. Kene lah aku berdoa agar hubungan yang mudah tanpa halangan yang mendatang dan bahagia hingga ke akhirnya. Sedihnya la Yusra bila fikirkannya. Orang sibuk merdeka aku buat cerita sedih plak haha... sorry lah yer kekawan semua.


Ucapan kepada kawanku si buncit jangan nangis macam nie sekali tau hehe... bersabarlah

1 comment:

love YUSRA